Saturday, March 24, 2012

Belum Berakhir Episod 1

0 comments
Mikail membuka matanya perlahan-lahan. Bunyi tembakan senapang, pekik tangis manusia bersilih ganti tidak lagi kedengaran. Kesunyian kini memenuhi ruang. Darah masih belum berhenti mengalir dari perutnya. Mikail mula terasa kedinginan.

Teratak Ilmu, di situlah Mikail dilahirkan dan dibesarkan. Begitu juga Wardah dan Malik. Juga Haikal, Hanim, Hanum dan ramai lagi. Di bawah bumbung teratak itulah mereka bernaung dan berteduh. Dan di teratak itu jugalah, ramai pemuda-pemudi dari segenap pelosok negeri datang berkumpul demi menimba ilmu. Mereka datang membawa sejuta harapan dengan satu niat, semuanya kerana Allah Taala.

Mikail mengumpul kekuatan. Suara unggas dan langau mulai kedengaran. Barangkali makhluk ciptaan Allah itu sudah dapat menghidu bau darah yang berserakan. Percikkan darah ada kelihatan di mana-mana, menyimbah pada lantai dan dinding. Bau hanyir darah menusuk hidung. Jasad-jasad kaku penghuni Teratak Ilmu bergelimpangan di segenap ruang. Mikail memejamkan matanya erat, menyebut nama Tuhan berulang kali.

Mikail kenal jasad-jasad itu. Semuanya dia kenal. Mereka semuanya bersaudara, asal mereka dari Adam dan Hawa, penghulu mereka Muhammad saw. Mereka bernaung di bawah bumbung yang sama, berpegang teguh pada aqidah yang satu. Berhimpun di Teratak Ilmu mengutip ilmu bagi mendekatkan lagi diri kepada Ilahi. Mustafa kasih pada semuanya.

Mikail merenung jasad-jasad kaku. Yang paling dekat dengannya adalah jasad Yusuf, abang segurunya yang paling berbudi bahasa. Di sebelahnya adalah Khalid yang datang dari jauh meninggalkan kampung halaman dan keluarga demi ilmu. Di sebelah kanan Khalid adalah Jaafar. Jaafar merupakan seorang penuntut yang paling dikagumi kerana kecerdasannya menghafal Al-Quran dan kitab-kitab pengajian.

'Innalillahiwaniinailahirajiun... KepadaMu jualah ya Allah, kami akan kembali.. ' bisik Mikail pilu bagai memujuk hatinya sendiri. Pipinya basah dengan air mata.

Mata Mikail melilau, masih lagi mencari-cari kelibat keluarga dan saudaranya yang lain. Jauh di lubuk hatinya dia benar-benar berharap dan berdoa agar walid dan umi dilindungi Allah dan masih lagi bernafas. Masih lagi hidup. Namun Mikail cuma mampu berdoa.

Dia mencerap lagi. Memerhati ke seluruh ruang utama Teratak Ilmu. Ruang di mana kali terakhir dia nampak jasad bernyawa umi dan walid. Berhampiran dengan pintu utama ada jasad Taufik, Ismail dan Hassan. Semuanya sebaya, umur mereka 19 tahun. 2 tahun lebih tua daripadanya. Semuanya terbaring kaku. Banyak sungguh jasad kaku bergelimpangan. Mikail jadi penat menghitung namun dia belum berputus asa, mencari lagi. Di dalam hati dia terus berdoa agar umi dan walid masih hidup.

Namun... Mikail hampa. Harapannya punah ranah sebaik sahaja dia terlihat dua jasad kaku bersimbah darah tidak jauh dengan tempat duduk kegemaran walid ketika berhimpun dengan penuntut-penuntutnya. Ya. Mikail tidak tersilap lihat.

Jasad yang berjubah putih berserban putih terbaring kaku itu adalah walidnya. Walid yang sangat dia kasihi. Di sebelah jasad walid pula kelihatan tubuh umi terbaring kaku. Dada Mikail bagaikan ingin pecah. Hatinya luluh, hancur berkecai. Sederas darah yang mengalir, air matanya juga kini meluncur laju di kedua belah pipinya.

Mikail berasa sangat sedih tidak tertahankan lagi. Senyuman umi terbayang-bayang di fikirannya. Senyuman yang tidak pernah lekang di wajah umi pasti akan dirindui. Renungan tajam mata walid terlakar di ingatannya. Suara tegas walid dalam mendidik pasti tidak kedengaran lagi. Mustafa benar-benar terasa pilu.

Umi yang mengandungkannya selama sembilan purnama kini tidak bernafas lagi. Umi yang bertarung nyawa ketika melahirkanya kini telah terpisah nyawa dengan jasadnya. Dan walid yang membesarkannya dengan penuh kasih sayang, mendidiknya agar mengenal Allah dan Rasulnya juga telah pergi meninggalkannya. Selama-lamanya. Dia kini telah menjadi anak yatim. 'Oh Tuhan..' Bisik Mikail.

Dada Mikail terasa sakit yang tidak terperi. Luka pada jasad nampak darah, namun luka di hati hanya Allah yang tahu. Mustafa ingin menangis semahunya.

Berbekalkan kudrat yang sedikit, Mikail berusaha sedaya upayanya, mengengsot perlahan-lahan cuba mendapatkan walid dan uminya. Pedih pada luka terasa peritnya namun pedih di dalam hati lebih perit dari itu. Mikail menangis lagi bagai terlupa pada takdir Tuhan yang menentukan segalanya.

Mikail kini berada di sisi jasad umi dan walid. Mikail memeluk jasad mereka erat-erat. Bagai tidak merelakan pemergian insan yang dia kasihi. Sungguh Mikail berasa lemah tidak berdaya. Dia mula lupa pesan walid, bahawa setiap yang berlaku hanya pasti akan berlaku dengan izin Allah. Mustafa mulai lupa segalanya, kesedihan mendesak-desak dadanya, membuatkan dia menjadi lupa.

'Ya Allah.. Kenapa Kau benarkan aku hidup? Kenapa Kau tak ambil nyawaku? Kenapa Kau ambil nyawa mereka?' Mikail merintih lagi. Dia berasa lemah dan tidak cukup kuat untuk menghadapi hidup mendatang seorang diri.

Masih terbayang-bayang di ruang matanya bagaimana musuh-musuh bertopeng tiba-tiba datang menyerang tanpa belas kasihan. Tanpa salam mereka menceroboh dan menodai Teratak Ilmu. Menzalimi penghuni-penghuni Teratak Ilmu. Mereka mengusung senapang menembak penghuni Teratak Ilmu bagai di rasuk syaitan.

Mikail masih ingat bagaimana umi menerpa laju cuba membentengi walid dari peluru tidak bermata. Seiringan dengan laungan 'Allahuakbar', kedua-dua jasad itu akhirnya rebah di hadapan matanya.

Mikail juga ingat bagaimana manusia-manusia keji itu menyelak jubah penghuni-penghuni wanita lalu merentapnya kasar. Menelanjangi mereka tanpa perikemanusiaan. Wanita-wanita lemah yang tidak berdaya diperlakukan sesuka hati mereka, kemudiannya, banyak yang ditembak mati. Darah terpercik memenuhi ruang. Ada juga yang diseret dan diheret pergi dengan paksaan. Kejam! Mereka bukan manusia, mereka lebih dasyat daripada binatang! Mereka syaitan bertopengkan manusia barangkali.

Mikail menjerit perit apabila terkenangkan kezaliman yang berlaku di hadapan matanya namun suaranya tiada siapa yang dengar. Kakaknya Wardah juga diheret pergi dengan kasar. Lima orang semuanya yang menarik dan memaksa Wardah keluar dari Teratak Ilmu.

Bukan Mikail tidak berusaha untuk melarang, mempertahankan kakaknya yang menangis dan meronta-ronta minta dilepaskan. Namun makhluk kejam itu beramai-ramai membelasah Mikail. Puas dipukul, disepak dan diterajang, akhirnya Mustafa ditembak. Peluru tidak bermata itu menerkam perutnya. Darah memancut. Pandangan mata Mikail menjadi gelap lalu Mikail tidak ingat apa-apa lagi yang terjadi selepas itu. Mikail sudah tidak sedarkan diri.

Dan kini, apabila dia bangkit, semuanya sudah berakhir. Dentuman senapang sudah tidak kedengaran. Laungan takbir juga tidak kedengaran. Tangisan dan pekikan wanita yang diperkosa dan dipaksa pergi juga tidak lagi kedengaran.

Tiba-tiba, suara Malik memecah kesunyian.

"Walid! Umi! Walid!" Suara Malik kedengaran dari jauh. Makin lama, makin dekat dan akhirnya Malik muncul di muka pintu. Dia termengah-mengah, nafasnya tersekat-sekat, namun dia tidak berlengah, terus meluru masuk ke ruang utama Teratak Ilmu. Malik tercari-cari. Matanya melilau ke segenap ruang.

"Walid!!" Jerit Malik sebaik sahaja ternampak jasad walid. Dia menerpa laju lalu memeluk jasad kaku walid. "Walid... Ampunkan Malik.. Ampunkan Malik.. " Tangis Malik. Malik mengucup dahi walid berulang-ulang kali. Malik memohon keampunan daripada jasad kaku itu. Permohonan yang sia-sia. Malik bagaikan hilang pertimbangan.

Mikail rasa tersentuh. Malik yang Mikail kenal selama ini seorang anak yang degil, suka memberontak, sering melawan kata kini sedang menangis bagaikan anak kecil. Malik yang suka menentang kata walid kini sedang memeluk jasad kaku walid dan umi bergilir-gilir. Mikail yang duduk berhampiran menyaksikan semua itu dengan kedua bola matanya. Rasa sayu dan sebak menikam-nikam jantung hatinya. Mungkin itu jugalah yang sedang Malik rasai hinggakan kewujudan Mustafa di sisi tidak dia endahkan, fikir Mikail.

"Kak Wardah! Kakak! Mikail! Adik!" Bagaikan teringat sesuatu, Malik meleraikan pelukannya, merebahkan kepala walid kembali ke lantai perlahan-lahan. Dia menoleh ke kanan dan ke kiri bagai mencari sesuatu. Kemudian cuba bangkit berdiri.

Mikail mulai gusar. Dia cuba memegang bahu Malik namun pegangannya terlepas. Barangkali pergerakan Malik tersangat laju maka Miakil tidak sempat menyentuhnya. Itu kemungkinan yang bermain di fikiran Mikail. Malik berdiri tegak. Mikail masih duduk di sisi jasad walid dan umi. Perutnya teramat sakit, mustahil untuknya ikut berdiri. Jiwanya berkecamuk. Dia ada di situ, tapi kenapa Malik masih tercari-cari?

"Abang Malik.. " Suara Mikail bergetar memanggil Malik. Namun tiada tindakbalas daripada Malik. Malah, Malik mula menjerit memanggil-manggil nama adiknya.

"Mikail! Mikail!" Malik bingkas bangun dan duduk, membelek jasad kaku di lantai satu persatu. Matanya penuh dengan airmata. Nuraninya penuh dengan pengharapan. Harapan agar adiknya Mikail ditemui masih bernyawa. Sihat walafiat. Adiknya masih muda remaja, baru mengenal dunia. Kakaknya pula lemah lembut orangnya, tidak berdaya menentang musuh. Janganlah mereka diapa-apakan. Itulah harapan Malik.

Dia masih mencari. Usahkan tubuh bernyawa Mikail dan Wardah, jasad kaku mereka juga dia tidak temui. Malik resah.

Mikail belum ditemui. Kemudian Malik masuk ke ruangan muslimah. Dia mengucap panjang, beristghfar menyebut nama Allah sebaik sahaja melihat mayat-mayat dalam keadaan mengaibkan dan mengerikan. Dia tabahkan hati, meninjau keadaan sekeliling dengan perasaan yang bercampur baur. Namun, yang dicari tidak ditemui.

Mayat kakaknya Wardah tiada. Mayat Mikail juga tiada. Harapan bahawa mereka masih hidup, masih ada. Malik berdoa agar kakak dan adiknya selamat. Akhirnya kini, Malik ingat Allah dengan setulus hatinya. Allah yang selama ini dia sering lupakan. Allah yang selama ini dia jauhkan diri.

Kini, Malik sudah tiada sesiapa lagi untuk digantungkan harapan melainkan berserah segalanya pada Allah sepenuh hati, berharap agar Allah memelihara kakak dan adiknya, hingga sampai waktu dia sendiri akan menyelamatkan keduanya.

Malik kembali dekat dengan jasad umi dan walid..

"Umi, walid.. Mereka telah bawa Wardah dan Mikail pergi. Sekarang cuma tinggal Malik seorang diri. Umi, walid.. Malik akan cari mereka sampai dapat, Malik akan selamatkan Wardah dan Mustafa, Malik janji.. Ya Allah, bantulah aku ya Allah. Berikanlah aku kekuatan... " Dalam esakan, Malik bersumpah akan menyelamatkan saudara-saudaranya yang telah dibawa pergi. Kakak dan adik yang sangat dia kasihi.

Mikail masih lagi di situ, tidak berganjak, tidak jauh dengan Malik. Matanya berkaca-kaca. Dadanya terasa sebak. Berulang kali dia memanggil nama Malik, namun Malik tetap jua tidak menoleh ke arahnya. Malahan Malik juga telah bersumpah akan menyelamatkannya.

Mikail bertambah bingung, 'Ya Allah, ujian apakah ini? Kenapa Malik tidak dapat melihat aku? Apakah aku masih hidup ataupun sebenarnya aku sudah mati? Ya Allah.. Hebat sungguh ujianMu buat kami, bantulah kami untuk menempuhinya dengan tabah...' bisik Mikail di dalam hati dalam sendu.

Air yang bertakung di kolam matanya kini meluncur laju.

====================

Tamat episod satu.

Noktah Cinta Episod 4

0 comments
Haris menjeling ke arah telefon bimbitnya berulang kali, kemudian kembali fokus pada skrin komputer. Beberapa minit kemudiannya, dia menjeling lagi. Sekeping kertas kecil masih lagi dalam genggaman tangan kirinya. Otaknya berpusing-pusing mengatur rencana, akhirnya Haris nekad ingin menghubungi nombor yang tercatit di atas kertas kecil itu. Bukan soal wang yang menjadi motif utama, tapi lebih dari itu, dia mahu gadis itu bertanggungjawab atas segala malapetaka yang menimpa dirinya tempoh hari.

Telefon bimbit yang sebesar tapak tangannya itu dicapai. Berhati-hati dia menekan angka-angka yang tertulis. Kemudian dia menekan butang dial. Ada nada kedengaran, tanda talian sedang disambung namun setelah beberapa detik menanti, panggilan tidak pula disambut. Haris membentak, menyumpah seranah di dalam hati. Ingin saja dibaling telefon di dalam genggamannya itu ke dinding, namun dek terkenangkan agenda jahat yang tersirat, Haris menahan diri. Dia mencuba lagi. Butang berwarna hijau ditekan sekali lagi.

Sofea Camelia masih lagi tenggelam dalam lamunan. Kotak fikirannya sarat dengan pelbagai persoalan. Kerinduannya pada Ayahanda yang membuak-buak, kebimbangannya pada Bonda juga tidak terhitung. Nasib penduduk Kota Exora juga kini bergantung kepada percaturan langkahnya. Sungguh, beban yang tergalas pada bahunya terasa sungguh berat.

Telefon bimbitnya berdering lagi, entah untuk kali yang ke berapa Sofea Camelia tidak tahu. Tapi, deringan kali itu berjaya mengejutkannya dari lamunan. Cepat-cepat Sofea Camelia mengambil telefon bimbitnya lalu ditekan butang hijau. Belum sempat dia memberi salam, di hujung talian seberang sana kedengaran suara lelaki bengis sedang marah-marah. Kecut perut Sofea Camelia seketika menyebabkan dia mendiamkan diri seketika. Sangkanya, kalau benar setinggi gunung amarah lelaki itu, biarlah dia luahkan dahulu sehingga setidak-tidaknya, amarah itu tinggal setinggi bukit. Sofea Camelia diam memasang telinga.

"Bisu ke??" Soal lelaki itu di hujung talian setelah hampir lima minit marah-marah tanpa usul periksa. Sudah penat barangkali, tahu pula dia berhenti.

"Alhamdulillah, tidak. Saya ingatkan saudara cuma ada mulut, tiada telinga. Jadi, saya beri peluang bercakap pada saudara.. Saya boleh tolong dengar.. " Sofea Camelia menyahut setelah lelaki itu berhenti membebel. Dari nada suara, kata-kata kasar sebegitu, Sofea Camelia dapat mengagak suara siapa di talian.

"Perli ya? Duit gantirugi bila nak bayar?" Soal Haris tegas.

"Bukan niat saya. Erm, berapa jumlahnya?" Sofea Camelia pula bertanya.

"Seratus Ribu Ringgit!" Ujar Haris cuba memancing amarah gadis di hujung talian.

"Baik, nombor akaunnya?" Nada suara Sofea Camelia tidak tergugat sedikit pun, masih tenang seperti mulanya. Haris pula yang kaget.

'Perempuan ni tak siuman ke apa? Takkanlah tak tahu harga sebiji tayar tak mungkin sampai seribu ringgit, lagilah seratus ribu, mustahil!' Getus Haris di dalam hati. Dia terdiam seketika.

"Saudara, nombor akaunnya apa?" Sofea Camelia mengulangi soalannya apabila lelaki di hujung talian sana menyepi.

"Err.. Awak ni gila ke?" Tiba-tiba pula Haris rasa tergugat. Idea jahatnya sebentar tadi bagaikan terbang tiba-tiba. Hilang di bawa pergi oleh suatu kuasa magis.

"Mungkin, kalau awak sangka saya gila, memang betullah saya gila" Sambung Sofea Camelia pula.

"Kenapa awak, eh, kau kata macam tu?" Haris tergagap-gagap.

"Minda kita ada kuasa yang luar biasa untuk mengawal pemikiran kita, cara melihat dan sudut pandang kita. Jika kita fikir buruk, maka buruklah sesuatu benda yang kita lihat. Tapi kalau kita fikir positif, insyaAllah semuanya akan positif belaka. Jadi, berapa nombor akaun awak?" Sofea Camelia menyoal soalan sama untuk kali ke tiga.

"Aku lupa. Lain kali aku bagitahu" Haris tergesa-gesa lalu menamatkan panggilan. Dia menyandarkan belakangnya ke kerusi. Matanya dipejam rapat. Rentak jantungnya berubah irama. Dia bagaikan baru tersedar dari pukau, kembali berpijak ke alam nyata.

Tiba-tiba sahaja lelaki itu menamatkan perbualan, Sofea Camelia terkulat-kulat. Terasa bagai sebuah kapal terbang yang sedang terbang tinggi di langit. Tiba-tiba juruterbang tekan break. Kebooom! Jatuh menjunam ke bawah.

'Pelik sungguh lelaki ini', bisik Sofea Camelia.

Sofea Camelia meletakkan telefon bimbitnya. Matanya kembali tertancap pada skrin laptopnya. Tiba-tiba dia teringat Salahuddin Ayubi, rakannya di alam maya.

Kuntuman Camelia: Assalamualaikum wbt.. Awak masih ada di sana ke?

Sofea Camelia menaip kemudian menekan butang 'enter'. Dia menanti beberapa ketika. Diam, tiada jawapan dari sahabat yang tidak pernah dia temui itu. Sepi. Sebagaimana sepinya hati Sofea Camelia kini. 

Hidup di dalam sangkar emas begini bukanlah kehidupan yang dia idam-idamkan. Segalanya mewah namun hidupnya terbatas, kebebasannya tersekat. Ada masanya dia terasa lemas. 'Ya Allah, bebaskanlah aku daripada derita ini..' Sofea Camelia memohon, matanya kembali berkaca-kaca.

Salahuddin Ayubi: W'salam wbt.. Ada..

Early in The Morning

0 comments
Hasniza Ibrahim
Early in The Morning

The alarm knocking.
New day began.
We open our eyes.
We standing on the start line.
Ready to race with time.

We left our bed.
Brought all burdens along.
Few said hamdalah.
Many forgot to thanks to Allah.

Few went to mosque.
Worship Allah, pray for strenght.
Many were not,
Worry late to work they said.

And the life began.
Similarly like yesterday.
We just copied and pasted.
We repeated the same routines.
We re-do the same activities.

We woke our children up
Sent them to school with hustle.
Told them to study and score As
We drove like crazy
Rushing to work but stuck in jammed!

The blood preasure increased fast.
We pushed our hon started to shout.
We were totally in mad.
Our face turn to red.
Our mood spoiled and ruined.

Our stomach singing in pain.
So early in the morning.
Sometimes we took our breakfast.
Most of the time we did not.
Time was running fast.
We always lost in the race.

Still early in the morning.
The sun did not rise yet.
Cars and bikes line up on roads.
Like a train without a rail.

Early in the morning.
We did not hear the sound of cock.
Here we heard sound of engines and hons.
Sound of our neighbors on our left and our right.
So close.
Just like in a same room.

Rarely we heard they laughed.
Usually we heard they screamed.
Voices of stressed people, surrounding us.
Haunted us.

Oh God.
Please save us.
Everyday we race with time. Everyday we lost!
Not because we are slow.
But time running fast.

Oh God you knows best.
Give us light show us way.
Help us out from the crazy race.
Early in the morning.


This is my early in the morning. At place where people racing with time. Running without giving up. Although most of the time, they always lost.

Followers

 

*Bila Pena Menari Copyright 2009 Fashionholic Designed by Ipiet Templates Sponsored by Tadpole's Notez